Bantuan penduduk
Soalan lazim
Jawapan yang diberikan oleh JMB Megah Villa tentang waktu pejabat, bayaran, RFID, tempahan dan rekod penduduk.
Pejabat Pengurusan
Bilakah waktu operasi pejabat?
Isnin-Jumaat: 9.00 pagi-5.00 petang. Sabtu: 8.30 pagi-12.30 tengah hari. Ahad dan cuti umum: tutup.
Bagaimana menghubungi pejabat selepas waktu operasi?
Pihak pengurusan hanya beroperasi pada waktu pejabat. Sebarang pertanyaan atau urusan hendaklah dibuat semasa waktu operasi.
Aduan & Perkhidmatan
Bagaimana hendak membuat aduan?
Sila isi borang aduan dalam talian melalui pautan rasmi yang disediakan di laman web ini. Sertakan lokasi dan penerangan masalah yang jelas.
Buat aduan ↗Bayaran & Tunggakan
Bagaimana hendak menyemak tunggakan maintenance?
Penyata akaun akan dihantar melalui e-mel. Sila semak e-mel yang berdaftar atau hubungi pejabat pengurusan.
Bagaimana cara membuat bayaran?
Untuk bayaran dalam talian, pindahkan ke akaun CIMB 86-0062124-3 atas nama Pangsapuri Megahvilla Kota Warisan. Gunakan nombor rumah (unit) sebagai rujukan. Hantar bukti bayaran melalui WhatsApp 019-560 8527 atau e-mel jmb.megah.villa@gmail.com.
Apakah tindakan jika mempunyai tunggakan?
Pemilik yang mempunyai tunggakan caj penyelenggaraan tertakluk kepada tindakan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) serta ketetapan JMB. Tindakan boleh termasuk notis tuntutan, tindakan undang-undang atau tuntutan di Tribunal Pengurusan Strata, sekatan atau penggantungan kemudahan tertentu yang dibenarkan undang-undang, serta sekatan kenderaan daripada parkir harta bersama tertakluk kepada dasar JMB semasa. Pemilik dinasihatkan menjelaskan tunggakan atau menghubungi pejabat untuk membincangkan pelan ansuran yang layak.
Bagaimana membuat bayaran secara ansuran?
Permohonan ansuran boleh dibuat sehingga 12, 24 atau 36 bulan, tertakluk kepada kelulusan dan syarat yang ditetapkan oleh JMB.
RFID & Kenderaan
Bagaimana mendaftar RFID?
Pastikan tiada tunggakan. Muat turun aplikasi MyReds V3 dan tunggu kelulusan. Setelah diluluskan, daftar maklumat kenderaan serta muat naik gambar. Pembelian RFID adalah secara tunai sahaja di pejabat pengurusan.
Berapakah caj RFID dan pelekat kenderaan?
RFID: RM20.00. Pelekat kenderaan penduduk: RM10.00.
Bagaimana memohon pelekat kenderaan tambahan?
Permohonan hendaklah dibuat dengan hadir ke pejabat pengurusan. Sila bawa dokumen berkaitan untuk semakan dan kelulusan.
Berapa lama tempoh kelulusan RFID?
Permohonan RFID tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak pengurusan. Pemohon diminta memaklumkan pejabat selepas membuat permohonan.
Tempahan & Renovasi
Bagaimana hendak menyewa dewan?
Sila berurusan di pejabat pengurusan untuk mengisi borang tempahan. Bayaran adalah secara tunai.
Bagaimana mendapatkan kelulusan kerja renovasi?
Sila hadir ke pejabat pengurusan untuk mengisi borang permohonan renovasi dan membuat bayaran deposit yang ditetapkan.
Pemilik & Penyewa
Bagaimana mengemaskini maklumat pemilik atau penyewa?
Pemilik baharu perlu mengemukakan salinan Sale and Purchase Agreement (S&P) kepada pihak pengurusan untuk pengemaskinian rekod. Penyewa yang mempunyai kenderaan perlu hadir ke pejabat bagi urusan pendaftaran RFID.
